Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

KRT Dan SRS Bantu Kurang Jenayah


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman mengucapkan syabas kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di DUN itu.
Berucap ketika hadir pada program Majlis Ramah Mesra SRS Wakaf Cagak, Kuala Nerus Dengan Kerjasama PDRM dan SRS DUN Batu Rakit serta Jom Ronda Bersama PDRM Ke Pos SRS baru-baru ini, Bazlan berkata, indeks jenayah di DUN itu berkurangan dan kes-kes jenayah terkawal sejak kebelakangan ini.
"Saya berharap semua KRT dan SRS di DUN ini terus aktif mengadakan rondaan kerana ianya begitu berkesan untuk mewujudkan kampung yang aman kerana kes-kes jenayah dapat dikurangkan.
"Jika kita renung melalui keikhlasan tugasan menjaga keselamatan harta benda orang ramai serta keharmonian penduduk ia adalah satu ganjaran rahmat Allah tanpa kita sedar, tahniah dan syabas kepada semua," katanya.


Sementara itu, Pengerusi SRS Wakaf Cagak, Mohamad Abdullah berkata, rondaan bersama PDRM itu berkunjung ke lima pos SRS iaitu Pos SRS Wakaf Cagak, Pos Pekan Batu Rakit Utara, Pos Rumah Kos Rendah Awam Mengabang Lekor, Pos Mengabang Lekor dan Pos Pekan Batu Rakit Selatan.
"Turut sama dalam kunjungan itu ialah Ketua Balai Polis Batu Rakit, Tengku Mohd Abu Bakar Raja Sulaiman dan beberapa anggota dari balai itu," katanya.
Turut sama dalam Jom RONDA ialah Pengarah Jabatan Perpaduan Dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Terengganu, Burhanuddin Daud dan Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus Asmawati Chik @ Mohamad.

No comments: