Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

KKMM Turun Padang Selami Jiwa Penduduk Pulau Redang


Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengadakan Program Menghubung dan Menyatukan (CTU) di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang.
Program dua hari berakhir Sabtu lalu, merupakan inisiatif baharu dalam usaha transformasi penyampaian perkhidmatan telekomunikasi dan internet ke kawasan-kawasan pedalaman yang tidak terhubung.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Dato' Ibrahim Abdul Rahman berkata, selain elemen pendigitalan CTU juga mementingkan elemen kemanusiaaan dalam mempertingkatkan perkhidmatan rakyat.
“Pulau Redang dipilih kerana walaupun ia sebuah pulau yang amat tersohor tetapi kemudahan yang sepatutnya rakyat di tempat lain nikmati masih boleh dipertingkatkan lagi di pulau ini.
“Program ini bersifat Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang menyatukan lebih 12 agensi untuk turun bersemuka bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Turut hadir menyertai program itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.


Menurut beliau, agensi-agensi itu dapat mendengar terus dari rakyat yang memerlukan seperti isu talian internet yang perlahan, bantuan sara hidup dan sebagainya.
Katanya, program ini kemudahan kepada rakyat seperti internet yang pantas juga dapat dipertingkatkan bagi keselesaan rakyat.
"Kementerian mengedarkan MyTV dan TV kepada penduduk yang memerlukan," katanya.
Selain itu, katanya, atas nama NBOS lebih banyak agensi dapat menyumbang bagi memeriahkan program ini dan pihak Astro juga mengambil kesempatan untuk memberikan set Astro Njoi secara percuma.

No comments: