Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kisah Pilu Nelayan Seberang Takir Selamat Pulang Selepas Ditahan Di Indonesia

Displaying 2.jpg
Ahmad Razif (dua dari kiri) menadah doa sebagai kesyukuran kepulangan dua nelayan Seberang Takir ke kampung halaman selepas ditahan Kerajaan Indonesia. Foto oleh Harish Fadzillah abu Kasim
"Saya amat gembira dengan kepulangan suami yang sekian lama terpisah. Biasa tujuh hari ke laut,  abang akan pulang, tapi kini sekian lama kami terpisah termasuk anak-anak yang amat merindui abang Fadly,” luah Munira Ramli, isteri Mohd Fadly Jaafar, 40, seorang daripada dua nelayan Seberang Takir yang dibebaskan selepas  ditahan oleh kerajaan Indonesia, baru-baru ini.
Sementara Mohd Fadly pula sangat bersyukur dan terhutang budi dengan kesungguhan serta inisiatif kerajaan negeri yang berusaha membawa mereka pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga.
“Terima kasih kepada yang membantu dan berusaha membawa balik semula kami, terutamanya kepada Menteri Besar dan Encik Badrul Hisham. Syukur sangat-sangat kepada Allah kerana akhirnya kami selamat dan dapat berpuasa bersama keluarga tahun ini. Tak sangka  akhirnya dibebaskan selepas lebih sebulan ditahan di Indonesia.
“Memanglah kami berasa amat panik dengan kejadian itu dan tidak sangka terjadi begini kerana inilah pertama kali saya alami sepanjang menjadi nelayan sejak dari dulu lagi,” luah Mohd Fadly.
Mohd Fadly seorang daripada dua nelayan dari Seberang Takir yang dibebaskan setelah ditahan lebih sebulan lalu.
Displaying 1.jpg
Tiga lagi rakan mereka yang masih ditahan Kerajaan Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara itu iaitu di kawasan kepulauan Anambas, kira kira 80 batu nautika dari bandar terdekat iaitu Kuantan, Pahang.
Ketibaan Mohd Fadly dan rakannya, Abdul Halim Nik berusia 43, disambut sendiri oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria di  Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus kira-kira 12 tengah malam kelmarin. (27 Mei)
 Anggota keluarga, sanak saudara dan sahabat handai turut bersama menyambut dan berkongsi kegembiraan termasuklah isteri Mohd Fadly, Munirah.
 “Mengingatkan detik penahanan itu saya rasa serik untuk ke laut menangkap ikan, namun itulah punca rezeki kami. Kalau boleh selepas ini tidak mahu ke laut…buat masa ini saya ingin berehat seketika sebelum kembali bekerja,” katanya.
Mohd Fadly memberitahu bahawa dia sudah 23 tahun menjadi nelayan dan inilah kejadian pertama ditahan di negara jiran sedemikian.
Displaying 4.jpg
“Pengalaman ditahan di negara orang merupakan perasaan yang sukar digambarkan kerana sering memikirkan nasib keluarga, isteri dan anak-anak yang masih kecil,” katanya sambil memeluk erat isterinya Munirah dan anak-anak yang masih didukungan.
Sementara itu, Abdul Halim berkata pengalaman ditahan kali ke-2 ini membuatkannya lebih berhati-hati apabila menangkap ikan di laut dan berjanji akan menggunakan teknologi yang ada bagi mengelak perkara sama berulang.
“Sebelum ditahan kami sudah empat hari di laut dan dijadualkan kembali ke jeti pada esoknya, namun kami tidak sedar telah melepasi sempadan Indonesia.
“15 tahun lepas saya pernah ditahan, kini saya berharap abang saya (Rashid) yang juga tekong bot dapat dibebaskan dan dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga dalam masa terdekat,” katanya.
Tiga lagi yang masih ditahan ialah Mohd Zaidi Mohammad, 23 dan Abdul Rashid Nik, 52, dari Kampung Seberang Takir serta Firdaus Mohamad, 27, dari Kemaman.
Difahamkan Mohd Zaidi dan Firdaus sudah dibebaskan tetapi masih di sana untuk dijadikan saksi perbicaraan Abdul Rashid.
Pada 8 April lalu, lima nelayan terbabit bersama seorang awak-awak warga Thailand ditahan pasukan Tentera Laut Indonesia ketika berada pada jarak lima batu nautika melepasi sempadan perairan antarabangsa kira-kira 11.30 pagi.
Pembebasan nelayan berkenaan adalah hasil saluran rasmi dan usaha peribadi penyelaras misi membawa pulang nelayan berkenaan, Badrul Hisham Zaki dengan kerjasama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif, menerusi Setiausaha Politik Menteri Besar, Dr. Rozailan Mamat turut sama menguruskannya bagi pihak Menteri Besar.
Dato’ Seri Ahmad Razif ketika bercakap kepada wartawan, mengingatkan golongan nelayan lebih berhati-hati ketika menangkap ikan di laut dan menggunakan kemudahan teknologi agar tidak melepasi perairan negara lain.
“Proses membebaskan nelayan yang ditahan bukan mudah, jadi mereka perlu lebih peka dan berhati-hati sepanjang berada di laut,” katanya.

Sementara itu berkata, Badrul Hisham berkata, usaha diteruskan untuk membawa balik tiga lagi nelayan yang masih ditahan di Kepulauan Anambas, Indonesia.

Displaying 5.jpg

Ini termasuk saksi bagi pembicaraan Abdul Rashid iaitu Muhammad Zaidi Mohammad juga dari Seberang Takir dan Ahmad Firdaus Mohamad dari Kemaman.

“Kami akan berusaha membantu tekong iaitu Rashid Nik orang Seberang Takir melalui keperluan dari segi perundangan," kata Badrul Hisham.

Katanya, biarlah mereka melalui proses perbicaraan dan memohon pihak berkuasa Indonesia percepatkan proses perundangan, kalau boleh dalam bulan puasa ini sebelum Syawal.

Badrul Hisham juga berharap semua pihak mendoakan yang terbaik dan segalanya selesai dengan lancar mengikut proses perundangan.

Beliau berkata, ia adalah usaha bagi pihak keluarga tetapi dengan kerjasama dan sokongan kerajaan negeri iaitu Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif sendiri.

Ia adalah usaha mengikut saluran rasmi dan menafikan penglibatan Tentera Laut Malaysia dan Imegresen Malaysia membawa pulang kerana agensi berkenaan adalah tertakluk kepada bidang kuasa masing-masing dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara mereka, baik di Malaysia mahupun Indonesia.


No comments: