Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kerajaan Negeri Teruskan Rawatan Percuma Untuk Pesara


Kerajaan negeri tetap meneruskan pembiayaan kos rawatan di hospital kerajaan secara percuma kepada pesara kerajaan yang tidak berkemampuan, dengan syarat memohon menerusi Tabung Darul Iman (TDI).
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof berkata, pesara yang menghadapi masalah dengan bekas majikan dan tidak berkemampuan membiayai caj rawatan hospital boleh mengambil peluang dengan apa yang disediakan menerusi tabung berkenaan.
Katanya, beliau mendapat tahu ada sebahagian pesara tidak mendapat kemudahan jangka panjang selepas bersara kerana ada sesetengah majikan tidak menanggung kos rawatan selepas pekerjanya bersara.
Oleh itu, kerajaan negeri mempunyai tabung khas yang boleh membantu pesara terbabit jika menghadapi masalah untuk membayar kos berkenaan.
"Kerajaan amat menghargai jasa dan pengorbanan pesara dan tetap membari bantuan sama seperti golongan lain yang memerlukan bantuan," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kali Keempat Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Besut, di Dewan Masjid Hadhari Jertih, hari ini.
Turut hadir, Yang Dipertua PPKM Negeri, Terengganu, Dato' Syed Abu Bakar Abdullah dan 227 ahli PPKM. 
Muhammad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih berkata, kerajaan juga menyediakan bantuan RM3,000 kepada keluarga pesara yang meninggal dunia dan boleh dituntut melalui Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan AWam (JPA).
Beliau berkata, ramai pesara dan ahli keluarga tidak mengetahui kemudahan yang disediakan kerajaan sedangkan mereka juga berhak mendapat pelbagai bantuan kerajaan.

No comments: