Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kerajaan Negeri Bekalkan Drone Untuk Semua Pejabat Daerah

A.Rahman (tengah) bersama penerima di Majlis Penyerahan Drone dan Alat GPS di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra

Kerajaan negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) membekalkan 10 unit drone untuk kegunaan semua pejabat daerah di negeri ini.

Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya berkata,  alat penerbangan kawalan jauh yang turut dibekalkan kepada UPEN itu bagi memudahkan kerja-kerja pemantauan dan siasatan dengan gambaran lebih tepat serta jelas terhadap projek di bawah peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan yang dilaksanakan di seluruh negeri ini.

“Penggunaan drone secara tidak langsung dapat membantu kerajaan negeri dan pegawai-pegawai yang terlibat untuk mengesan pelaksanaan sesuatu projek dengan lebih cepat dan tepat selain dalam masa sama membantu kerajaan dalam membuat keputusan untuk mengatasi sesuatu masalah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Drone dan Alat GPS di Wisma Darul Iman, hari ini.


Pada majlis itu, sebanyak 25 unit sistem penentu kedudukan global (GPS) turut diserahkan kepada agensi berkaitan iaitu Pejabat Daerah (8), Pihak Berkuasa Tempatan (7), Jabatan Kerja Raya Daerah (7) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebanyak tiga unit.

A.Rahman berkata, pembekalan GPS untuk agensi terlibat bertujuan membantu JPS memudahkan kerja pengukuran jalan menerusi Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) di mana ketepatan ukuran dapat diperolehi dengan menentukan koordinat awal dan akhir jalan-jalan tersebut.

“Alat GPS ini akan membantu kita untuk menjalankan koordinasi itu dan akan membolehkan kerajaan negeri dapat mendaftar lebih banyak jalan di Terengganu.

“Secara automatiknya, apabila banyak jalan didaftarkan, maka peruntukan yang lebih juga akan diperoleh dari Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.

Katanya, pengunaan alat GPS dijangka dapat merekodkan penambahan baru pendaftaran jalan lebih kurang 3,000 hingga 4,000 kilometer (km) berbanding sasaran awal sebanyak 12,000 km untuk tahun ini.

Menurut A. Rahman, dengan pembekalan drone yang berharga RM8,000 seunit dan GPS (RM2,500) seunit itu diharapkan akan meningkatkan prestasi kerja di setiap jabatan terlibat supaya perjalanan setiap projek dapat dipantau dengan lebih teliti dan berkesan bagi memastikannya berjalan sebagaimana jadual.

“Penggunaan peralatan ini juga akan dikaji dari semasa ke semasa dan keputusan untuk tambah atau sebaliknya pada masa akan datang bergantung kepada hasil dari segi praktikal yang memuaskan,” ujarnya.

No comments: