Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kenalpasti Lokasi Sesuai Bangunkan Perkampungan Bekas Penagih



Kerajaan negeri sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai bagi membangunkan perkampungan untuk penempatan bekas penagih dadah yang berkeluarga memulakan hidup baru dengan kadar segera.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, Roslee Daud berkata, mesyuarat penyelarasan kali pertama meminta supaya Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan(AADK) membuat kertas konsep mengenai cadangan ini.

Jelasnya lagi, seramai 20 keluarga akan dipilih untuk projek perintis itu dari seluruh Terengganu menerusi kajian terperinci oleh pihak AADK bagi mengelak permasalahan pada masa akan datang.

"Kita hendak bantu golongan ini dengan konsep 'Rimbunan Kasih' untuk mereka mulakan hidup baru bersama keluarga mereka.

"Sebab itu, saya minta pihak AADK cari tempat yang sesuai ,cari tempat untuk pertanian serta penternakan termasuklah mengkaji kedua-dua bidang ini, apa yang paling sesuai dan sama ada mempunyai potensi untuk pasaran.

"Mungkin juga kita akan buat di Hulu Terengganu atau Marang dan mungkin juga di daerah lain. Kita akan tengok pandangan dari agensi berkaitan untuk mengenal pasti tapak yang sesuai untuk penempatan mereka,"kata Roslee.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penyampaian  Sumbangan Kepada Komuniti Cakna Terengganu(KCT) di Kampung Baru,Ajil, hari ini.

Turut hadir,  Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu,Zuhami Omar dan Pengarah AADK Negeri Terengganu,Tajmudin Shah Ahmad.

Roslee berkata,jika kerajaan negeri dapat merealisasikannya, peserta yang terbabit akan dibantu dan dibimbing sebaik yang mungkin supaya matlamat program tercapai.

"Sekiranya ada kemajuan,kita akan fikirkan tindakan seterusnya kerana ini adalah tanggungjawab kerajaan untuk selamatkan mereka,"katanya lagi.

Sementara itu,Roslee turut memaklumkan kertas kerja bagi pembinaan penempatan baru kepada KCT telah diserahkan kepada kerajaan negeri untuk kelulusan segera.

"Sebanyak RM300,000 telah dicadangkan oleh Jabatan Kerja Raya(JKR)Hulu Terengganu untuk  membina rumah dan menempatkan  kilang untuk memproses sos cili dan cili kisar.

"Saya sendiri dah melihat kawasan penempatan tersebut dan membuat kajian malah kita akan berusaha untuk mendapatkan kelulusannya melalui prosedur yang telah ditetapkan,sebagai galakan untuk mereka,"katanya.

No comments: