Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kaji Berita Sebelum Percaya-Fathul Bari



Orang ramai diminta lebih berhati-hati dan teliti dalam menilai, mendiagnosis dan memahami sesuatu berita atau perkara bukan terus mempercayainya serta menyebarkannya tanpa menyiasat dan mengkaji terlebih dahulu.

Pegawai Khas Pejabat Penasihat YAB Perdana Menteri Malaysia,Dato' Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata semua pihak bertanggungjawab untuk membuat tapisan ke atas setiap maklumat yang diterima sebelum menyebarkannya semula.

Jelasnya,tapisan ini terutama daripada media sosial tetap perlu melalui prosedur penting iaitu menapis maklumat diterima sama ada sahih atau sebaliknya agar tidak timbul persepsi atau buruk sangka apatah lagi fitnah.

"Ada maklumat yang benar dan ada yang tidak benar,sebab itu kita kena tapis dulu. Ini tidak dapat maklumat dapat gambar tanpa kaji terlebih dahulu,terus kita percaya.

"Dan kalau kita sebar,ini tak bermakna kita juga sebarkan pendustaan bersama sekiranya maklumat itu tidak benar sama sekali.

"Apabila maklumat melalui media sosial terlalu banyak,maka akan ada manusia yang suka huru hara,bersikap tidak bertanggungjawab dan sebagainya untuk membuat penyebaran maklumat kepada pihak lain,"kata Fathul Bari.

Beliau berkata demikian di Program Multaqa' Ilmuan Dun Kuala Berang di Dewan Komuniti Kuala Berang,semalam.



Menurut Fathul Bari lagi,kepentingan menyemak dan menganalisa ini cukup penting,lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan soal keselamatan negara.

Selain itu,beliau turut mengadakan soal jawab tentang pelbagai isu secara dua hala dan mendapat sambutan baik daripada orang ramai yang hadir.

Sementara itu,kakitangan Agensi Transformasi Negeri(Atra)Dun Kuala Berang,Ahmad Syukri Zakaria berkata,peluang untuk mendengar lontaran nasihat serta perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmuan ini sudah lama di tunggu-tunggu.

"Bukan mudah nak jumpa penceramah hebat seperti Dato' Fathul Bari yang bijak mengupas isu-isu agama juga isu semasa terkini dengan cara tersendiri malah mampu memberi penerangan terperinci dengan setiap soalan yang di beri,"jelasnya lagi.

No comments: