Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

JaPen Perhebat Program Penerangan Betulkan Persepsi Negatif Masyarakat

Peserta bergambar kenangan bersama tetamu kehormat yang  memeriahkan Majlis Makan Malam Kembara Media Negaraku 2017 Negeri Terengganu, di Hotel Primula Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) akan memperhebatkan program ceramah dan penerangan kepada masyarakat bagi menangkis dan membetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penerangan, Datuk Almain Ajirul berkata, ia penting bagi memastikan peranan jabatan berkenaan lebih efektif terutamanya dalam menyedarkan masyarakat supaya tidak menyebar dan berkongsi perkara yang tidak sahih menerusi media sosial, sekali gus dapat mengelak pengaruh serta kemudaratan terhadap masyarakat dan juga negara.

“Kita juga mahu supaya orang ramai memanfaatkan inisiatif SKMM (Suruhanhaya Komunikasi Multimedia Malaysia) yang membangunkan portal SEBENARNYA.MY bagi mengesan kesasihan berita.

“Portal itu antara lain dapat memberikan maklumat setempat yang tepat bagi menafikan berita-berita palsu yang terlalu mudah dikongsi oleh masyarakat Malaysia tanpa usul periksa,”katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media selepas menghadiri Majlis Makan Malam Kembara Media Negaraku 2017 Negeri Terengganu, di Hotel Primula Kuala Terengganu, malam tadi.
Turut hadir, Setiausaha Politik Menteri Besar, Profesor Dr Rozailan Ibrahim.

Kembara Media Negaraku 2017 Negeri Terengganu sepanjang tiga hari bermula semalam sehingga 17 Mei ini bertujuan memasarkan maklumat menerusi promosi dan publisiti mengenai usaha dan kejayaan kerajaan dalam pelaksanaan dasar serta perkhidmatan kepada rakyat.

Siri kedua tahun ini selepas yang pertama di Sabah pada 23 hingga 26 Mac lalu melibatkan 24 pengamal media dari 14 agensi media termasuk Sabah dan Sarawak.

Kembara akan bermula dengan lawatan projek rumah komuniti di Kampung Kenak, Besut sebelum peserta akan dibawa meninjau perkembangan projek mencegah hakisan pantai di Pantai Tok Jembal.

Sementara esok, peserta dijadualkan melawat tapak serta mendengar  taklimat oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur mengenai pembangunan jambatan angkat (drawbridge)  yang menghubungkan Muara Selatan di Kuala Terengganu dan Muara Utara di Seberang Takir, Kuala Nerus, sebelum mereka meninjau perusahaan madu kelulut dalam bandar Komuniti 1Malaysia Batu Buruk.


No comments: