Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Jambatan Pulau Sekati Bakal Dibuka Menjelang Ramadan Ini


Ahmad Razif menyampaikan sijil keahlian kepada seorang pemimpin Pertubuhan Kebajikan Amal Maaruf Pribumi, di majlis ramah mesra bersama keanggotaan KAMP itu, di Wisma Darul Iman, malam tadi.Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Jambatan Pulau Sekati, Manir bakal dibuka sebelum Ramadan ini, bagi menyelesaikan segera masalah kesesakan jalan raya pada musim perayaan dan cuti persekolahan.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, infrastruktur sepanjang tiga kilometer merentasi Sungai Terengganu membabitkan laluan Losong ke Pulau Sekati dan Teluk Pasu sudah siap sepenuhnya dan akan beroperasi dalam tempoh terdekat ini.

"Insya-Allah sebelum bulan puasa akan dibuka kepada orang ramai.

"Jambatan yang akan dibuka dahulu di Pulau Sekati, manakala jambatan Banggol Tuan Muda, Teluk Pasu akan dibuka sebelum Hari Raya. Ini jaminan yang kontraktor berikan kepada kerajaan negeri,"katanya.


Beliau berkata demikian kepada media sejurus menghadiri Majlis Ramah Mesra Ahli Pertubuhan dan Penyerahan Sijil Keahlian Pertubuhan Kebajikan Amal Maaruf Pribumi (KAMP), di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi.

Ahmad Razif berkata, jambatan itu sudah diuji dan semua dalam keadaan baik serta mematuhi spesifikasi.

Tambahnya, pihaknya akan menentukan tarikh sebenar pembukaan jambatan itu secara rasmi dan jika tidak sempat dalam waktu terdekat, mungkin dibuka pada Ramadan pula.



No comments: