Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Jabatan Kesihatan Rekod 7,439 Pesakit Kanser


Zubir melawat gerai pameran  pada Majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat Terengganu, di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Foto Harish Fadzillah Kasim

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merekodkan seramai 7,439 penduduk Terengganu dikesan menghidap pelbagai jenis kanser dalam tempoh lebih 10 tahun, berakhir Mac tahun ini.

Daripada jumlah itu, kanser payu dara mencatatkan bilangan paling tinggi iaitu 1,375 pesakit, diikuti kolorektal (1,039 pesakit), lung (985 pesakit) dan leukimia mencatatkan bilangan 571 pesakit.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar, berkata antara faktor yang  dikesan penyebab kanser, termasuk tabiat merokok, amalan pemakanan kurang sihat, lebihan berat badan dan pengambilan alkohol.

Katanya, jangkitan beberapa jenis virus turut boleh menyebabkan kanser seperti kanser serviks yang disebabkan human papilloma virus dan kanser hati oleh jangkitan hepatitis B.
“Kesedaran dan pengetahuan yang mencukupi mengenai kanser merupakan kunci utama dalam memerangi kanser .


“Majoriti masyarakat kita hanya menyedari mereka menghidap kanser ketika tahap akhir iaitu tahap tiga dan empat,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat Terengganu, di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong.
Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan  Naib Canselor UMT, Dr Dato’ Dr Nor Aeini Mokhtar.

Katanya, saringan awal dan imunisasi adalah antara pencegahan kanser yang berkesan dan kos lebih efektif.

“Terdapat beberapa ujian saringan kanser yang diperoleh secara percuma di klinik kesihatan dan hospital kerajaan.


“KKM turut menyediakan perkhidmaran saringan pap smear untuk mengesan kanser serviks kepada wanita yang berumur 20 hingga 65 tahun, manakala mamogram untuk mengesan kanser payudara bagi wanita berisiko tinggi,”katanya.

No comments: