Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Hotel PB Square Bakal Dibuka 1 Oktober Ini



Hotel Paya Bunga (PB) Square, di tengah pusat bandar Kuala Terengganu sedang giat disiapkan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober ini.

Hotel setinggi 13 tingkat dibangunkan menerusi Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) sepatutnya dibuka pada April lalu mengalami kelewatan berikutan masalah teknikal disebabkan kerja-kerja menaik taraf daripada tiga bintang kepada empat bintang.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemaju kini sedang melengkapkan hotel yang dilengkapi 208 bilik dengan fasiliti-fasiliti yang mematuhi tahap empat bintang sebelum dibuka kepada pengunjung.

"Dari aspek menyiapkan hiasan dalaman hotel ini sudah mencapai 90 peratus. Hanya bahagian dapur, dewan dan lain-lain baru memasuki 50 peratus siap.

"Kita perlu lengkapkan setiap bahagian ke bahagian dan diuji terlebih dahulu sama ada mematuhi piawaian. Apabila siap kesemuanya barulah boleh beroperasi sepenuhnya,"katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media selepas melawat perkembangan Hotel PB Square, pusat boling dan pawagam di PB Sentral Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar PMINT, Samiun Salleh dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau juga berhasrat menjadikan ruang atap bangunan di PB Square sebagai gelanggang makanan atau medan selera berasaskan menu sumber laut.

Katanya, cadangan yang mengambil contoh perusahaan dilaksanakan di Sarawak itu bertujuan menarik kehadiran lebih ramai pengunjung ke pusat perniagaan dalam lingkaran PMINT Square berkenaan.

No comments: