Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Hadiah RM500,000 Sempena Hari Guru

Ahmad Razif (tengah) bersama anak-anak pasangan guru Allahyarhamah Noor Amalia Noorazan dan Allahyarham Badrul Hisham Omar penerima Anugerah Khas Pengarah sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kali Ke-46 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini mengumumkan insentif sebanyak RM500,000 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan warga pendidik di negeri ini.

Ahmad Razif berkata, daripada jumlah itu insentif sebanyak RM300,000 adalah sumbangan anak syarikat kerajaan negeri (GLC)  sebagai pengiktirafan kepada guru yang sudah banyak menyumbang kepada kejayaan pelajar dan sekolah.

“Sementara, tambahan RM200,000 adalah sumbangan kerajaan negeri bagi membantu JPNT mengadakan kursus profesional untuk para guru dan kakitangan khususnya berkaitan dengan pendidikan,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kali Ke-46 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang dan Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin.

Katanya, sumbangan daripada kerajaan negeri itu antara lainnya adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi profesionalisme di kalangan guru negeri ini.

Menurut Ahmad Razif, selain insentif tersebut kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM4 juta untuk JPNT menerusi Program Anjung Ilmu.

“Manakala, selepas raya nanti akan diagihkan pula sumbangan sebanyak RM2,000 untuk setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) negeri ini yang melibatkan 503 buah sekolah dengan perbelanjaan kira-kira RM1 juta,” katanya.

No comments: