Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Ganjaran Buat 446 Pelajar Cemerlang

Ahmad Razif bergambar kenangan bersama pemenang anugerah pelbagai kategori. Foto Harish Fadzillah Kasim 


Terengganu membelanjakan lebih RM232,000 sebagai menghargai 446 pelajar di negeri ini yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan umum tahun lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 367 pelajar yang memperoleh cemerlang dalam SPM,  59 pelajar STPM dan 17 cemerlang dalam peperiksaan STAM. Mereka yang tersenarai menerima insentif wang tunai beserta hadiah.

Manakala dua penerima iaitu, Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz YT Kemaman dan Najmuddin Mohd Razif (SM Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq) dianugerahkan Pingat Emas Yayasan Terengganu.

Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM5,000, seunit komputer riba, sepersalinan kot, pingat dan sijil penghargaan.

Bagi kategori anugerah khas pula diperoleh pelajar Orang Kelainan Upaya, Nursyuhada Alias dari SMK Bukit Besar. memperoleh wang insentif sebanyak RM2,000.

Anugerah itu disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu dan Apresiasi Kecemerlangan SPM, STPM, STAM dan Guru-Guru Akram Tahun 2016 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.

Hadir sama, Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.

Najmuddin yang memperoleh 11A (10+, 1A) berkata, anugerah yang diterima itu menjadi pembakar semangat untuk terus mencapai kecemerlangan ke peringkat lebih tinggi.

“Saya sedang menunggu keputusan Unit Pusat Universiti (UPU), besar harapannya untuk menyambung pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan bercita-cita mahu menjadi  pakar perubatan,”kata anak kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan) Unit Komunikasi Negeri, Mohd Razif Ab Majid.



No comments: