Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Gadis Kuih Bulan Diiktiraf Ikon Belia Terengganu



Gadis Kuih Bulan yang menjadi tular kerana kekurangan diri menjadi  seorang daripada tiga penerima Anugerah Ikon Belia Negeri Terengganu 2017.

Haziqah Nurulhuda Harun,21,atau lebih dikenali sebagai Yaya daripada Kampung Bukit Kuang,Kemaman berkata anugerah yang diterimanya itu menjadi titik tolak kepada permulaan kejayaan untuk memperluaskan lagi perniagaannya.

"Rasa gembira sangat dengan anugerah yang diberikan oleh kerajaan negeri pada hari ini dan ini juga membuktikan bahawa kekurangan bukan penghalang untuk terus maju serta mencapai impian.

"Akhirnya orang nampak pencapaian Yaya setelah kisah hidup Yaya sebagai pembuat kuih bakul yang kurang upaya menjadi tular di media sosial,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Hari Belia Peringkat Negeri Terengganu 2017 di Padang Bola Sepak Kampung Kuala Menjing, Hulu Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi,Multimedia dan Tugas-Tugas Khas  Negeri, Ghazali Taib dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.

Yaya berkata, kini pendapatan kuih bakulnya mencecah RM30,000 sebulan dengan 29 perisa seperti kacang merah,red velvet,pandan,labu dan teh hijau.

"Terbaru Yaya ditawarkan oleh Malaysian Community Singapore untuk menyertai Festival Mooncake di Singapura selama dua minggu pada September ini.

"Yaya menerima tempahan sebanyak 20 ribu kuih bakul untuk pameran di Singapura dan penyediaan untuk membuatnya akan bermula pada bulan puasa ini,"katanya lagi.

Dua lagi penerima adalah Nor Ardilan Syah Abdullah,36, usahawan memproses dan mengitar semula sabut kelapa untuk fertigasi dan landskap dan Muhammad Syaifullah Che Ghani,28, Pengarah Kelip-kelip Palmstay Seri  Bandi.

No comments: