Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Dana Raya Diagihkan Pada 27 Mei Lalu


Bantuan Dana Raya  berjumlah RM88.7 juta mula  diagihkan kepada 239,323 penerima di Terengganu  pada 27 Mei lalu sebagai persediaan menyambut perayaan Aidilfitri.

Penerima boleh menebus baucer masing-masing di Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank berdekatan sebelum  September  depan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding RM81.3 juta yang diperuntukkan kepada kira-kira 219,754 anak negeri pada tahun lalu.
Katanya, sebanyak RM61.1 juta akan disalurkan kepada 154,730 golongan miskin manakala RM9.9 juta untuk 33,305 warga emas; RM4.2 juta  (14,005 orang kelainan upaya) dan RM13.3 juta pula melibatkan 37,283 duda atau ibu tunggal.

“Kuala Terengganu menerima agihan paling tinggi iaitu RM17.4 juta kepada 47,615 penerima diikuti Besut  RM14.5 juta  kepada 38,987 penerima dan  Kemaman  pula sebanyak RM14 juta  kepada 37,554 penerima.

“Daerah lain, Kuala Nerus  melibatkan agihan RM9.35 juta  kepada 25,339 penerima:  Marang RM8.89 juta (24,036 penerima) Hulu Terengganu  RM7.59  (20,591 penerima); Dungun RM10.9 juta (29,395 penerima) dan Setiu pula menerima agihan RM5.8 juta diagihkan kepada 15,806 penerima,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.



No comments: