Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Contohi Sikap Kepahlawanan Dahulu Tanpa Langgar Batas Undang-Undang



Golongan belia perlu mencontohi semangat dan sikap kepahlawanan ulamak terdahulu, bagaimanapun sikap itu tidak boleh melanggar batas undang-undang negara.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, golongan belia juga perlu menjadi agen penting dalam mengubah masyarakat untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri terhebat di masa depan.

Jelasnya, darah perjuangan dan kepahlawanan diakui memang sudah lama mengalir dalam tubuh orang Terengganu khasnya di Hulu Terengganu.

"Saya sebutkan semua ini kerana pertama sekali, tanpa sejarah, tamatlah riwayat hidup
 manusia.

"Sebab itu ada orang Hulu Terengganu yang terus beri penampar Jepun bila ada yang kurang ajar di hadapan pemimpin kita… cuma saya harap, kita kena banyak bersabar sebab negara kita ada peraturan dan undang – undang,"kata Ahmad Razif.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Anugerah Belia Negeri Terengganu 2017 di padang bola sepak Kampung Kuala Menjing, hari ini.

Menurutnya lagi, pelbagai program  diatur sepanjang 2017 khususnya untuk golongan belia di Terengganu.

Tambahnya, pogram itu bukan sahaja berteraskan sukan semata-mata tetapi turut mengambil kira pembangunan kepimpinan,keusahawanan dan kemahiran.

"Oleh sebab itu, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM65.7 juta untuk portfolio
belia dan sukan, satu jumlah yang besar untuk golongan belia.

"Malah dalam memenuhi aspirasi orang muda, Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan Transformasi Nasional 2050 (TN50) bertepatan dengan hasrat kerajaan supaya suara belia diberi perhatian dan didengar,"katanya.

No comments: