Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

41 Penternak Ikan Terima Bantuan


Seramai 41 penternak ikan aqua air tawar dan payau di Setiu menerima sebanyak RM26,900 di Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ehsan Bencana Agro Makanan Usahawan Tani Daerah Setiu, di Bandar Permaisuri, semalam.
Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Setiu, Mohd Saipuddin Abas, berkata penerima bantuan itu dipilih oleh Jabatan Perikanan manakala peruntukan pula daripada Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani.
"Untuk Daerah Setiu, penerima bantuan yang paling ramai adalah 34 orang iaitu mangsa akibat kesan el-nino (musim kemarau).
"Kebanyakan peserta menerima sebanyak RM500 seorang tetapi ada juga yang mendapat RM1,000 dan lebih berdasarkan nilai kerugian yang mereka alami," katanya.
Saifuddin berkata, dengan adanya bantuan itu penternak dapat membeli input seperti benih dan sebagainya untuk memulakan projek baru mereka.
Program dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri, Dato' Mohd Jidin Shafee.

No comments: