Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

300 Penguatkuasa JHEAT Pantau Kaki Ponteng Puasa

 
Pesuruhjaya JHEAT Wan Mohd Wan Ibrahim. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail 

Umat Islam yang tidak menghormati Ramadan terutama makan di tempat terbuka waktu siang hari bakal `diangkut’ menggunakan kenderaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk tindakan susulan.

Pesuruhjaya, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, pihaknya akan menggiatkan usaha membendung maksiat sepanjang bulan puasa termasuk menempatkan lebih 300 penguatkuasa  di seluruh Terengganu.  

Katanya,  daripada jumlah itu, JHEAT melantik kira-kira 200 penguatkuasa sambilan bagi memastikan pemantauan lebih menyeluruh dan giat di kawasan yang dikenal pasti supaya umat Islam sentiasa menjaga imej serta kemuliaan Ramadan.

“Mereka (umat Islam) yang didapati makan di khayalak ramai pada bulan Ramadan akan diangkut menggunakan kenderaan kita yang disediakan di setiap daerah. Tumpuan akan diberikan kepada Kuala Terengganu.

“Penguatkuasaan akan dilakukan di kawasan yang telah kita kenal pasti di tempat-tempat awam terutama premis perniagaan dan restoran berdasarkan maklumat orang ramai dan pemantauan yang dijalankan penguatkuasa,” katanya kepada media di Majlis  Pelancaran Program Ihya' Ramadan Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.



Program dirasmikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Mohd Zubir Embong yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Wan Mohd berkata, individu yang ditahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Dalam pada itu, beliau juga menafikan viral di media sosial mengenai JHEAT menggunakan van jenazah untuk membawa mereka yang ponteng puasa kerana perkara itu  boleh menjatuhkan maruah mereka.

“Van jenazah untuk membawa orang mati, tiba-tiba kita memasukkan orang yang tidak berpuasa. Kita tidak akan melakukan sedemikian,”katanya.


Sementara itu, beliau juga menasihatkan peniaga bazar Ramadan dan penguasaha makanan  di restoran dan kedai makan supaya mematuhi garis panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan termasuk masa yang sepatutnya memulakan operasi sepanjang Ramadan.

No comments: