Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

200 Anak Perantau Besut Berkumpul Di Pantai Morib, Selangor


Semangat kekeluargaan dan persaudaraan  sebagai perantau mampu menjalin ikatan yang kuat dan merapatkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.
Perhimpunan Hari Keluarga Anak Perantau Besut di Pantai Morib, Selangor, boleh menjadi ukuran betapa kukuhnya semangat persaudaraan peserta terbabit.
Program anjuran Komuniti Anak Perantau Besut (KAPB) dihadiri 200 peserta berjaya mendekatkan hubungan persaudaraan ketika berada di rantau orang.
Program separuh hari itu dirasmikan oleh Penaung KAPB, Zahari Mat yang juga Pegawai Kebudayaan dan Kesenian, Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur.
Sempena program itu, pelbagai acara menarik termasuk sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa yang berjaya menarik perhatian peserta.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad memberi sokongan terhadap penganjuran program itu dengan menyampaikan sumbangan kepada KAPB.
Nawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut, memuji usaha yang dilakukan pihak penganjur kerana menerusi program berkenaan berjaya mengumpul sebahagian besar warga Besut yang tinggal di Lembah Kelang.

No comments: