Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

180 Pelajar Sertai 'EmpowerXchange'


Seramai 180 pelajar dari enam sekolah menengah dari dua daerah di Terengganu menyertai program motivasi Kem EmpowerXChange `Awaken The Giant Within' selama dua hari di sebuah resort di Merang Setiu, berakhir semalam.
Program anjuran bersama Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan UniSZA Holding selaku penyedia latihan itu adalah tahun kedua diadakan di bawah penyeliaan UniSZA Holding.
Ketua Pegawai Eksekutif UniSZA Holding, Nik Sazali Nik Hussin berkata, enam sekolah berkenaan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Diman, SMK Kuala Jeneris dan SMK Tapu dari daerah Hulu Terengganu.
Manakala dari Marang pula SMK Seri Payong, SMK Seri Serating dan SMK Rusila.
"Peserta adalah di kalangan mereka dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Pemilihan dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, " katanya.
Menurutnya, objektif utama program itu ialah untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan diri dalam mencapai kejayaan akademik di kalangan peserta.
"Ianya juga bagi memperkukuhkan kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan akademik dalam meningkat potensi pelajar," katanya.
Antara modul program ialah Suntikan Motivasi, Pembentukan Diri, Kita Boleh, Positif Hati & Minda dan Azam & Aku Janji.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Penolong Pengarah Teknik Dan Vokasional Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Adam Ismail.
Menurut Adam, program itu diberikan kepada sekolah yang belum mendapat pembiayaan dari mana-mana pihak lain untuk menjalankan program bagi kejayaan pelajar.
"Seramai 300 pelajar dari setiap daerah terlibat dengan program membabitkan pelajar yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR, PT3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.
Adam berkata, pencapaian pelajar yang terbabit dengan program itu amat memberangsangkan dan menunjukkan peningkatan.

No comments: