Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

15 Veteran ATM dianugerah pingat PSSB


Khidmat bakti anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sama ada ketika berkhidmat dalam pasukan dan selepas bersara tetap dihargai dan dikenang oleh pelbagai pihak yang sentiasa perihatin terhadap golongan berkenaan.

Persatuan Veteran ATM Negeri Terengganu, yang dianggotai bekas pesara tentera turut menghargai jasa-jasa ahlinya apabila setiap tahun mengadakan persidangan persatuan memilih ahli yang layak untuk dianugerahkan pingat.

Seramai 15 ahli persatuan itu yang banyak menyumbang khidmat dan bakti dipilih untuk menerima Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) sempena Persidangan Ke 59 persatuan itu yang berlangsung di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, baru-baru ini.


Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh yanng juga Ahli Parlimen Besut ketika merasmikan persidangan itu menyampaikan pingat berkenaan kepada penerima terpilih.

PSSB diperkenalkan persatuan itu bertujuan menghargai tugas dan tanggungjawab ahli sama ada ketika berkhidmat atau sudah bersara, tetapi mereka terus menyumbang tenaga sukarela dalam masyarakat.

Idris ketika berucap pada majlis itu mahu ahli veteran ATM terus memberi sokongan kepada kerajaan yang sedia ada kerana ia mampu memberi kesejahteraan kepada seluruh rakyat.

Katanya, veteran ATM yang mempunyai aset kekuatan ahli yang ramai boleh mempertahankan kerajaan sama seperti ketika berkhidmat mempertahankan negara dari ancaman musuh.

Idris turut berjanji untuk membantu menyampaikan pelbagai resolusi persatuan kepada kerajaan dalam usaha membela nasib bekas tentera yang bersara dan masih memerlukan bantuan kerajaan.

No comments: