Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Zaleha Terharu Dapat Bertemu PM


"Saya rasa terharu diatas kesudian Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana sudi menjenguk dan bertanya khabar tentang kesihatan saya walaupun jadualnya cukup padat dalam program kali ini," demikian kata bekas Ketua Wanita UMNO Dungun Zaleha Long.

Mohd Najib yang dalam rangka lawatan kerja selama dua hari,menziarahi Zaleha,71,di Kampung Molek, Dungun  sebelum ke Majlis Pelancaran Program Jom Bantu Rakyat dan gimik Pecah Tanah Perumahan Idaman Rakyat SPNB di Kampung Santong, Paka, Dungun.

Zaleha yang mengalami sakit saraf sejak empat tahun lalu dan angin ahmar sejak empat bulan lepas merupakan ahli wanita UMNO dan telah berkhidmat hampir 40 tahun di dalam sayap parti itu sejak berusia 20-an.

Selain penyakit saraf yang dihadapinya,beliau juga mengidap kencing manis dan buah pinggang.Kini pergerakannya terbatas dan bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda dan tongkat.

Najib sempat meluangkan masa kira-kira 20 minit bertanyakan  khabar dan perkembangan kesihatan Zaleha yang kini berehat sepenuhnya di rumah.

Turut bersama beliau dalam ziarah tersebut,Menteri Besar  Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman,Menteri Pendidikan Tinggi Dato' Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato' Jailani Johari dan Ketua UMNO Bahagian Dungun Dato' Din Adam.

Sementara itu, Zaleha menyifatkan Mohd Najib sebagai seorang pemimpin negara yang prihatin dan perlu di contohi oleh para pemimpin lain.

"Sepanjang penglibatan saya dalam politik iaitu Wanita UMNO,beliau merupakan pemimpin yang mesra rakyat dan sentiasa membantu terutama kepada sayap wanita.

"Jadi harapan saya cuma satu,supaya semua pihak memberi sokongan penuh kepada beliau sebagai Perdana Menteri terutama dalam hadapi pilihanraya umum yang akan berlaku bila- bila masa sahaja,"katanya lagi.

No comments: