Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

UniSZA Lancar Ladang Ternakan Kambing Tenesu Pertama Negara



Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melancarkan DairyFarm sebagai Ladang Pengajaran dan Pembelajaran kambing tenesu yang pertama di negara ini.
Projek di bawah Fakulti Biosumber dan Indutri Makanan yang dilancarkan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh memberi peluang pelajar dan komuniti mendalami pemindahan teknologi moden dalam bidang ternakan.
Naib Canselor UniSZA, Prof Dato’ Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, projek perintis universiti itu diharap dapat melahirkan usahawan berilmu di sektor pertanian dan penternakan.
Katanya, satu kawasan di Kampung Bukit Marak, Pasir Akar, Hulu Besut, dipilih untuk dijadikan pusat latihan ternakan dan pengeluaran susu kambing terbesar di negara ini.
Beliau berkata, pusat itu juga turut menawarkan latihan di bidang ternakan dan pemindahan teknologi kepada penduduk setempat yang berminat dalam industri tenesu.
Idris yang juga Ahli Parlimen Besut ketika melancarkan program itu berkata, menerusi penubuhan pusat itu nanti akan memberi peluang pelajar universiti melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 2u2i Program Ijazah Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan.
Katanya, konsep pembelajaran di mana pelajar akan belajar selama dua tahun di universi dan dua tahun di industri memberi peluang kepada pelajar menimba ilmu sebagai penternak dan usahawan.
“Adalah menjadi harapan dengan adanya pusat latihan itu Terengganu akan menjadi pengeluar susu kambing terbesar di negara ini untuk dipasarkan di seluruh negara,” katanya.

No comments: