Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

UMNO Terengganu Tiada Masalah Pertahankan Kemenangan PRU14


Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu bersedia berdepan kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa sahaja.

Setiausaha UMNO negeri, Dato’ Muhamad Pehimi Yusof berkata, parti Barisan Nasional (BN) melakukan persiapan awal serta tiada masalah untuk meneruskan penguasaan dan mengekalkan kemenangan pada PRU tidak lama lagi.

“Terengganu di bawah pemerintahan kerajaan BN merupakan antara negeri terdahulu yang membuat persediaan awal untuk menghadapi PRU-14. 

“Antaranya, termasuk mengadakan bengkel portfolio dan juga aktiviti seperti pertandingan Pusat Daerah Mengundi dan sebagainya untuk menggerakkan jentera parti,” ujarnya.


Beliau mewakili Menteri Besar berkata demikian ketika berucap di Majlis Temu Mesra Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman Bersama Mantan Yang Berhormat, Mantan Calon BN Terengganu dan Mantan Senator Siri Ke-2 di Hotel Permai, semalam.

Turut hadir, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengarah
Unit Komunikasi Negeri, Dato’ Muda Mamat, Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Terengganu, 
Dato’ Ahmad Sidi Ismail serta Pengerusi Veteran UMNO Negeri Terengganu, Dato’ Wan Zakaria Abd Rahman.

Menurut Muhamad Pehimi, selain mengeratkan silaturahim, majlis temu mesra diadakan bertujuan mendapatkan maklum balas dan idea serta pengalaman bekas kepimpinan UMNO terdahulu untuk manfaat parti.

“Maklum balas hasil pertemuan lalu juga telah banyak yang diambil tindakan termasuk cadangan untuk memantapkan lagi barisan jentera parti,” ujarnya.

Katanya, bagi memantapkan lagi gerak kerja jentera parti, UMNO Terengganu akan melaksanakan simulasi pilihan raya pada 29 April ini sebagai persiapan dalam menghadapi PRU-14.

Sementara itu, Ahmad Sidi berkata, bagi memastikan PRU14 berpihak kepada parti BN dan UMNO, semua ahli perlulah bersama-sama berganding bahu menjaga parti.

Wan Zakaria pula berpendapat, jentera parti perlu komited melaksanakan setiap program yang dirancang serta menyusun barisan dan sentiasa bersama dengan kepimpinan masa kini.

No comments: