Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tonjol Sikap Telus, Bebas Rasuah



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerajaan negeri dan institusi perkhidmatan awam menonjolkan sikap telus serta bebas daripada  sebarang rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran masing-masing.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, perkara itu penting kerana rakyat pada hari ini bijak menilai, mengukur keupayaan dan kejujuran institusi tersebut sama ada ia berlangsung dengan telus dan sebaliknya.

Katanya, mereka saban hari memerhati, menguji dan menilai perjalanan pentadbiran di peringkat kerajaan negeri.

“Jesteru itu adalah penting bagi setiap jentera pentadbiran kerajaan untuk mencerminkan wajah institusi yang setiasa dilihat dan dianggap bersih serta bebas daripada anasir yang berkisahkan jenayah rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pentadbiran Kerajaan Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Majlis itu dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Dzulkifli turut memberitahu, kerajaan yang gagal menjunjung amanah dan dicemari undang-undang disifatkan sebagai mengkhianati harapan rakyat serta gagal menghayati aprirasi dan kehendak rakyat.

“Pihak kami tidak menolak sebuah kerajaan yang mengalami krisis kepercayaan serius dan menanti saat menuju  ke arah kejatuhan dan kehancuran.

“Sesebuah  kerajaan itu juga perlulah memastikan bahawa tidak wujud sebarang ruang dan peluang yang akan mengakibatkan ketirisan pendapatan kerajaan dan hasil kerajaan yang harus digunakan sepenuhnya untuk membangunkan dan memakmurkan kesejahteraan rakyat,” katanya..


No comments: