Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Strategi NBOS Jayakan Program RTM Dekati Masyarakat





Jalinan program bersepadu dan kolaborasi Inklusif antara Radio Televisyen Malaysia(RTM) dan Jabatan Kesihatan  melalui  Strategi Lautan Biru Kebangsaan (Blue Ocean Strategy) NBOS memberi impak positif dalam menjayakan  visi dan misi kerajaan “Merakyatkan Perkhidmatan Awam”.

Pengarah Perkhidmatan Muzik RTM,Dato' Mokhzani Ismail berkata Program  Setia Bersama Negaraku Sehati@RTM 71#tganukemah ini merupakan program radio di lokasi berkonsepkan aktiviti turun padang selaras dengan hasrat jabatan merakyatkan RTM.

"Dalam menjayakan program yang diatur,ia juga dapat mengeratkan silaturrahim di samping mempromosikan'Visit Beautiful Terengganu 2017' menerusi liputan lintas langsung sepanjang program ini berlangsung.

"Program ini turut didokong oleh pelbagai jabatan dan agensi  serta badan bukan kerajaan ini menepati matlamat kolaborasi dan penjimatan dalam merealisasikan hasrat dan dasar dalam aspek Sistem Penyampaian Maklumat,"kata Mokhzani.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Setia Bersama Negaraku Sehati@RTM 71#tganukemah dan Majlis Pelancaran Program Peningkatan Penjagaan Kesihatan Warga Emas Peringkat Klinik Kesihatan Kuala Berang di Kampung Kuala Menjing,Kuala Berang, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia,Dato' Jailani Johari.



Turut hadir Wakil Ketua Pengarah, Penyiaran Malaysia(Pengarah Bahagian Muzik),Dato' Mokhzani Ismail;Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu,Mohamad Omar;Pengarah Penyiaran Negeri Terengganu,Nordin Sulaiman;Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang,Amran Ahmad serta Ketua-ketua Jabatan.

Sementara itu,Jailani menyifatkan RTM sebagai satu ejen alat penyatuan kepada masyarakat melalui perlaksanaan program-programnya.

Beliau berkata,Program Setia Bersama Negaraku Sehati@RTM merupakan Program Tonggak turun padang Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Jabatan Penyiaran Malaysia .

"Program bersepadu  ini membabitkan penyertaan semua Bahagian di RTM dengan penyertaan bersama agensi –agensi kerajaan negeri dan pusat dalam usaha mendekati rakyat secara bersemuka.

"Dan saya yakin program ini mampu memberikan manfaat kepada semua masayarakat setempat melalui pengisian program yang telah dilaksanakan seperti Forum Hal Ehwal Islam,pameran dan sebagainya,"kata Jailani

No comments: