Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Status PPR Padang Hiliran dan Bukit Nanas Jadi Sewa Beli Jika BN Menang


Kerajaan negeri akan menawarkan sistem sewa beli bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, Kuala Terengganu  dan Bukit Nanas, Kuala Nerus, sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula kerusi Parlimen Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata itu adalah janji kerajaan negeri kepada penyewa dua PPR itu, jika berjaya mengembalikan kerusi Parlimen Kuala Nerus dan Kuala Terengganu daripada pembangkang, dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

"Kita ada 1,002 unit PPR Hiliran dan 500 unit di PPR Bukit Nanas ini.

"Rumah ini diharap dapat diberikan secara sewa beli, tetapi Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak setuju jika Parlimen Kuala Terengganu  dan Kuala Nerus dapat dirampas kembali oleh BN," katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nanas, Tepoh, Kuala Nerus, petang tadi.

Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong dan barisan Exco kerajaan negeri.

Perdana Menteri kemudian dalam ucapannya mempersetujui cadangan itu dan menambah BN meletakkan harapan tinggi untuk memenangi PRU-14 dan berjanji untuk membawa lebih banyak kemajuan dan pembangunan ke Terengganu.

Ahmad Razif berkata, sejumlah RM217 juta diperuntukkan untuk membina 1,002 unit PPR Hiliran dan 500 PPR Bukit Nanas.

No comments: