Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

SPNB Bina 229 Unit RIR Di Kampung Santong, Dungun


Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)  membina  229 unit kediaman mampu milik menerusi Projek Rumah Idaman Rakyat (RIR) di Kampung Santong, Dungun.

Daripada jumlah itu, 70 unit merupakan rumah teres setingkat; 60 unit teres dua tingkat; 76 unit (semi D) dan rumah kedai (23 unit), yang dijangka siap sepenuhnya Mei 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Ahmad Azizi Ali berkata projek RIR yang menggunakan teknologi IBS (Industrial Building System) di kawasan seluas 10.4 hektar dikenali sebagai Taman Desa Idaman itu merupakan yang pertama dibangunkan SPNB di Terengganu.

Katanya, SPNB menerima lebih 800 permohonan untuk rumah mampu milik (RMM) jenis teres setingkat berharga RM68,000.

“Kita hanya memilih mereka yang  benar-benar layak untuk memiliki RMM dengan pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,500. 

"Berdasarkan sambutan memberangsangkan ini, berkemungkinan besar pihak kami  akan menambah unit kediaman itu dengan  usaha sama SPNB dan kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek RIR Kampung Santong sempena pelancaran Program Jom Bantu Rakyat  yang disempurnakan  Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Turut hadir, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Jailani Johari.

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, barisan ecxo kerajaan negeri dan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Din Adam.

Ahmad Azizi berkata, SPNB kini sedang merancang melaksanakan tiga lagi projek sama membabitkan 2,151 unit rumah dan rumah kedai di Tok Jembal, Kuala Nerus; Kuala Ping Hulu Terengganu dan di Kerteh, Kemaman.

“SPNB menyediakan 30 peratus kuota daripada keseluruhan unit rumah khusus untuk golongan kurang berkemampuan iaitu dalam lingkungan harga RM68,000 sahaja seperti yang ditetapkan kerajaan negeri,”katanya.



No comments: