Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Siti Rahmah Cipta Sejarah



Ini kebanggaan dan kejayaan berganda buat Terengganu apabila Siti Rahmah memecah rekod muncul anak Terengganu pertama dinobatkan Olahragawati Kebangsaan sejak Anugerah Sukan Negara diadakan 51 tahun lalu, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Ratu silat negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir, 30, mencipta magis tersendiri apabila muncul anak Terengganu pertama dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan.

Siti Rahmah yang juga anak bekas pemain bola sepak Terengganu, Mohamed Nasir Jalil muncul  Olahragawati Kebangsaan,  manakala atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly pula dipilih sebagai Olahragawan Kebangsaan di Majlis ASN 2016 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, malam tadi.


Sejurus menerima anugerah itu, olahragawati negara yang diiiringi ibunya itu kemudiannya diraikan pula Ahmad Razif bersama kenamaan yang lain.

Majlis turut dihadiri isteri Menteri Besar, To’ Puan Sri Halina Zakaria dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail. Hadir sama, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Ali Rustam.

“Ini satu lagi kejayaan  anak Terengganu dan saya bangga dengan kegemilangan berganda ini. Jika minggu lalu,  `The Pocket Rocketman’ Azizulhasni Awang berjaya mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia, khasnya dalam pertandingan di Hong Kong.

“Malam ini (tadi)  pula Siti Rahmah mencatat sejarah sebagai anak Terengganu pertama  mendapat anugerah olahragawati kebangsaan sejak anugerah itu diwujudkan 51 tahun lalu, iaitu bermula pada 1966,”katanya.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan piala pusingan, piala iringan, sijil dan wang tunai RM20,000 masing-masing kepada Abdul Latif dan Siti Rahmah.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan,  Khairy Jamaluddin.

Pemilihannya diputuskan Jawatankuasa Pemilihan ASN 2016 berdasarkan pengalaman serta   prestasi cemerlang dan konsisten dalam setiap kejohanan yang disertainya.

Siti Rahmah berjaya mencipta hatrik kemenangan dalam Kejuaraan Silat Dunia selepas memenangi edisi ke-17 di Bali, Indonesia, pada Disember tahun lepas.

Sepanjang tahun lalu, beliau juga meraih pingat emas di Kejuaraan Silat Antarabangsa Terbuka Belanda dan Kejuaraan Silat Asia Tenggara.



No comments: