Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sedia 200 Kiosk Percuma Untuk Peniaga

Kerajaan negeri bercadang menambah sekurang-kurangnya 200 kiosk cenderahati  di beberapa kawasan peranginan dan taman taman rekreasi di negeri ini bagi memberi peluang penduduk setempat terutama golongan belia berniaga.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) diminta memainkan peranan merealisasikan inisiatif itu dan mengutamakan golongan belia yang berminat dan masih mencari peluang mendapatkan pekerjaan.


“Mereka yang terpilih berpeluang berniaga secara percuma selama setahun, kemudiannya hanya dikenakan kadar sewa dengan harga berpatutan selepas tempoh itu.

“Pihak berkaitan akan memikirkan  lokasi bersesuaian bagi membina kemudahan itu, antara cadangannya di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir dan  Pantai Batu Burok serta Taman Rekreasi  Kuala Ibai, Kuala Terengganu,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup Hari Keluarga Kelab Wisma Darul Iman (KWDI), di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Seberang Takir, Kuala Nerus, semalam.


Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Yang Dipertua KWDI Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, 

Kira-kira 1,200 ahli KWDI hadir memeriahkan program yang diselitkan pelbagai aktiviti menarik antaranya, pertandingan boling kelapa, lari dalam guni, isi air dalam botol, meniup belon dan lari sambil mengikat kaki.

Program yang diadakan selama dua hari, bermula 31 Mac itu menyediakan 500 hadiah cabutan bertuah dengan hadiah utama, Motosikal Yamaha LC 135 CC  dimenangi Nor Liana Mohamad Nor dan tempat kedua pula Tengku Mohd Noor Haizam Tengku Musa turut membawa pulang motosikal jenama Lagenda Yamaha 115.
  


No comments: