Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

RM9.3 Juta Hasil Tanaman jagung Sepanjang Tahun Lalu


Sebanyak RM9.3 juta berjaya diraih hasil tanaman jagung oleh 339 petani di seluruh Terengganu sepanjang tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof berkata, perusahaan itu melibatkan kawasan seluas 331.8 hektar.
Katanya, berikutan hasil yang memberangsangkan itu, kerajaan negeri melancarkan pula jagung manis Terengganu sebagai sumber pendapatan baharu kepada petani dan meningkatkan sektor ekonomi negeri selaras dengan transformasi ekonomi.
"Masyarakat di negeri ini mampu meraih pendapatan lebih baik, sekali gus ianya akan menjadi produk baharu Terengganu.
"Bagi tahun pertama (2017) pengeluaran jagung manis, dijangka mampu meraih sebanyak 1.56 juta batang jagung yang dapat dituai antara tiga hingga empat musim setahun mengikut kesesuaian, " katanya.kepada media di Majlis Pelancaran Jagung Manis Terengganu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Rhu Tapai, Setiu, semalam.
Hadir sama, Pengarah Pertanian Negeri, Mohd Nasir Warris dan Ketua Pegawai Eksekutif Green World Genetics (GWG) Sdn Bhd, Chua Kim Aik serta ketua-ketua jabatan terlibat.
Menurutnya, produk baru ini (jagung manis Terengganu) adalah jagung yang istimewa yang dihasil daripada Negeri Terengganu sendiri yang diusahakan 81 petani di tanah berkeluasan 39 hektar.
"Peserta atau petani terpilih yang terdiri daripada penanam jagung sedia ada, belia dan petani berkelompok.


"Jagung manis ini berbeza dengan jagung lain termasuk dari segi warna kerana buah ini mempunyai dua warna iaitu putih dan kuning selain rasanya yang manis dan tekstur yang rapuh serta boleh dimakan mentah.
"Harganya lebih 20 peratus dari harga jagung biasa yang akan mendatangkan hasil yang lebih baik kepada petani,"katanya.
Pehimi berkata, kawasan TKPM itu turut dijadikan sebagai hab pengeluar benih jagung manis Terengganu berkeluasan lebih 500 hektar yang akan dieksport ke luar negara.
Beliau juga yakin, peluang baharu itu menjadi permulaan dan mendapat perhatian masyarakat sekiranya diberi promosi secara terancang.
Katanya, GWG Sdn Bhd adalah pelabur yang berkecimpung dalam bidang pengeluaran benih manakala kerajaan negeri menyediakan tapak dan syarikat (GWG Sdn Bhd) menggunakan kewangan mereka sendiri serta dipantau Jabatan Pertanian Negeri.
"Kawasan ini (TKPM) juga dijadikan sebagai tempat latihan kepada rakyat Terengganu untuk mempelajari teknologi pertanian dari luar negara, " katanya.

No comments: