Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

RM2 Juta Untuk Aktiviti Belia Sepanjang 2017


Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi melaksanakan aktiviti dan program untuk anak muda di seluruh Terengganu, sepanjang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, peruntukan itu tidak termasuk untuk program Dana Bakti Remaja.

“Kerajaan telah menetapkan beberapa teras dimana kegunaannya untuk tujuan program berfokus seperti program kepimpinan dan sahsiah, ilmuan dan motivasi, riadah santai, kemasyarakatan, keagamaan, ekonomi serta kemahiran.

“Selain itu, peruntukan yang disalurkan juga sebagai pengiktirafan kepada belia yang aktif termasuk membiayai Bantuan Pentadbiran Pertubuhan Belia, Majlis Perundingan Belia Peringkat Negeri dan Daerah, Anugerah Belia dan juga Hari Belia Negara peringkat negeri,” katanya dalam jawapan bertulis sempena persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

No comments: