Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Rakyat Terengganu Rai `The Pocket Rocket Man’

Azizulhasni disambut bagai wira sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, pagi ini. Foto Harish Fadzillah Kassim
 “Jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama Menteri Besar, kepimpinan kerajaan negeri, ibu bapa dan keluarga yang tidak putus-putus berdoa, memberi sokongan serta pelbagai bantuan dihulurkan.

“Tanpa mereka, tidak mungkin saya boleh mencapai kejayaan seperti hari ini, hampir sepuluh tahun bercita-cita mahu menggenggam juara peringkat  dunia,” kata pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, pagi ini.

Azizulhasni, yang terkenal dengan jolokan nama The Pocket Rocket Man, memenangi gelaran dunia pertama selepas menjuarai acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong, Khamis lalu.

Ketibaan Azizulhasni disambut Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong yang mewakili Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Johari Abu Bakar serta Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farok Hussin.


Sebaik tiba di LTSM, pelumba basikal negara itu menaiki kenderaan pacuan empat roda diiringi lebih 1,000 peminat dan penyokong termasuk pelapis dalam acara berbasikal.

Konvoi berbasikal dan motosikal itu melalui Seberang Takir menghala Jambatan Sultan Mahmud, kemudiannya melalui bulatan Sultan Omar dan tiba Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu untuk menghadiri Majlis Sambutan Wira Berbasikal Negara Anak Terengganu.

Azizulhasni turut memberitahu, kerajaan banyak membantu untuk memastikan kejayaan semua atlet dalam pelbagai bidang termasuk acara berbasikal.

"Sambutan yang diberikan kerajaan negeri pagi ini juga saya anggap sebagai bantuan yang boleh menyemarakkan semangat untuk meneruskan perjuangan.

"Saya sedar, sejak menjuarai acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong, Khamis lalu, pelbagai pendapat dan tohmahan diviralkan melalui laman sosial. Ada juga kritikan tetapi saya hanya mengambil komen positif untuk dijadikan sebagai inspirasi," katanya




No comments: