Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pusat Beli-belah Sogo Tawar 3,000 Peluang Pekerjaaan


Ahmad Razif memerhatikan pertukaran dokumen antara PHB dan Sogo pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Pusat Membeli Belah Mayang Mall. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail

Pembinaan pusat beli-belah berprestij, Mayang Mall, di Kampung Ladang, Tanjung, Kuala Terengganu yang turut menempatkan gedung membeli belah terkemuka, Sogo bakal mengubah landskap ekonomi Terengganu ke arah lebih baik.

Fasa pertama melibatkan pembinaan Sogo setinggi tujuh tingkat dengan keluasan 15,000 kaki persegi, selain kemudahan 2,000 ruang meletak kenderaan dijangka siap pada 2020.

Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) melantik Sogo Kuala Lumpur Department Store Sdn Bhd sebagai penyewa utama kompleks beli-belah Mayang Mall untuk menguruskan perniagaan, operasi dan perkhidmatan produk.

Pengarah Urusan Kumpulan PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman berkata, Sogo bakal menawarkan 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dalam pelbagai bidang.

Antaranya pentadbiran, pengurusan, jurujual, juruwang dan pengawal keselamatan apabila premis perniagaan terkemuka itu beroperasi pada awal Januari 2021.

Datuk Kamalul Arifin 
“Jumlah pelaburan dari segi kos untuk pusat membeli-belah termasuk kos tanah adalah RM450 juta. ‘Service apartment’ pula sebanyak RM150 juta. Jadi untuk fasa pertama ini menelan kos kira-kira RM600 juta.

“Pihaknya kami memilih  Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu sebagai aset sulung PHB di Terengganu kerana yakin lokasi itu bakal menjadi tumpuan ke Mayang Mall.

“Apabila wujudnya Mayang Mall kelak penduduk Terengganu tidak perlu lagi keluar ke mencari barangan di luar Terengganu, sama ada ke Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Lumpur,”katanya.

Beliau berkata demikian Majlis Perasmian Pecah Tanah Pusat Membeli Belah Mayang Mall yang disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di tapak itu semalam.




No comments: