Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pulangan Terengganu Bike Week Sangat Tinggi Kepada Rakyat

Ahmad Razif dan isteri bersama sebahagian daripada peserta TBW 2017 di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Kerajaan negeri berharap agar Terengganu Bike Week (TBW) 2017  dapat diteruskan pada masa-masa akan datang kerana pulangannya sangat tinggi kepada rakyat negeri ini.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  program anjuran Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT) yang dinaungi presidennya, Tengku Sri Temenggung Raja, Dato' Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud mendapat penyertaan paling ramai pada tahun ini.

Beliau berkata, dengan adanya program itu, kita dapat memperkenalkan Terengganu selain membantu peniaga-peniaga di negeri ini.

"Tahun ini penyertaan paling ramai iaitu seramai 3,000 orang. Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kerana program ini juga adalah salah satu program yang telah menjayakan Visit Beautiful Terengganu 2017.


"Kita berharap bahawa program ini terus diadakan untuk masa-masa akan datang kerana pulangan balik kepada rakyat sangat tinggi," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada program Konvoi Muhibbah Terengganu Bike Week 2017 di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak dan Tengku Sri Temenggung Raja.

TBW 2017 kali keenam tersebut berlangsung selama tujuh hari bermula 27 Mac lalu turut menghimpunkan peserta dari luar negara termasuk Brunei, Singapura dan Thailand.

No comments: