Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

PM Lawat Keluarga Miskin Di Dungun


Pasangan suami isteri Hamdan Ismail, 45, dan Kuliati Mudrikan, 39, dari Kampung Limbong, Paka bertuah apabila menerima kunjungan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kira-kira 2.50 petang tadi.

Dalam kunjungan itu, Perdana Menteri turut meninjau perkembangan pembinaan rumah baharu berharga RM40,000 untuk keluarga itu dibawah projek perumahan rakyat.

Pada program sentuhan rakyat bersama pemimpin tu, Hamdan yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bekerja sebagai buruh kontrak melahirkan rasa bersyukur kerana mereka akan mendiami rumah yang lebih selesa memandangkan rumah lama terlalu usang dengan pelbagai kerosakan.


"Kami berasa amat bersyukur dengan keprihatinan kerajaan. Akhirnya, selepas 10 tahun tinggal di rumah yang agak uzur kini kami dapat memberikan sedikit keselesaan khususnya untuk anak-anak," ujarnya yang mempunyai tiga anak berusia antara 16 tahun hingga tujuh tahun.

Sementara itu, bagi Rohana Sulong, 57, yang kematian suami akibat strok empat tahun lalu, kedatangan pemimpin nombor satu negara itu ke kediamannya merupakan suatu saat yang tidak akan dilupakan.


Rohana yang menghidap kencing manis tinggal bersama tiga anaknya yang masing-masing telah berkeluarga dalam sebuah rumah di kampung itu.

"Makcik berasa sangat gembira dapat peluang berjumpa dengan Perdana Menteri .

"Alhamdulillah, sumbangan perabot ini amat besar ertinya buat kami semua," ujarnya.

Dua keluarga itu antara yang sempat dilawati Mohd Najib dalam rangka lawatannya ke daerah Dungun, hari ini.






No comments: