Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Persiapan Sambutan Lawatan PM Di Dungun Lancar

Razif ketika meninjau tapak Majlis Pelancaran Program Jom Bantu Rakyat dan Majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan Idaman Rakyat Syarikat Perumahan Negara berhad (SPNB) di Kampung Santong, Paka Dungun, hari ini. Foto Oleh; Tg Mohd Syamim Tg Ismail

Persiapan sempena Majlis Pelancaran Program Jom Bantu Rakyat dan Majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan Idaman Rakyat Syarikat Perumahan Negara berhad (SPNB) yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Kampung Santong, Paka, Dungun 16 April ini berjalan lancar.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan bagi menyamput kedatangan pemimpin nombor satu negara ke daerah itu.

Katanya, ketika ini persediaan dan persiapan di peringkat akhir giat dijalankan oleh semua pihak termasuk SPNB, Majlis Perbandaran Dungun, Ketengah serta beberapa agensi lain untuk persiapan tapak dan sebagainya.


“Saya dapati persediaan sudah hendak capai seratus peratus dan berasa sangat berpuas hati dengan persediaan yang telah dibuat oleh semua pihak yang melakukannya dengan begitu bersungguh-sungguh.

“Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat,” ujarnya kepada pemberita ketika meninjau kerja-kerja di tapak Majlis Pelancaran Program Jom Bantu Rakyat dan Majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan Idaman Rakyat Syarikat Perumahan Negara berhad (SPNB) di Kampung Santong, Paka Dungun, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Pembangunan Dungun, Dato’ Din Adam.

Katanya, lebih 20,000  dijangkakan akan hadir ke majlis tersebut sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri.

Sebanyak 229 unit rumah akan dibangunkan oleh SPNB dengan 76 unit daripadanya adalah rumah berkembar dua tingkat, rumah teres dua tingkat (60), rumah mampu milik teres (70) dan rumah kedai dua tingkat (23).

No comments: