Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pasar Tani Fama Terengganu Kutip Jualan RM12.5 Juta Bagi Suku Pertama 2017


Pasar Tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mengutip jualan sebanyak RM12.5 juta di seluruh Terengganu bermula Januari hingga Mac tahun ini.
Hasil jualan pada suku pertama tahun ini melibatkan 30 pasar tani di seluruh Terengganu antaranya ialah Pasar Tani Padang Hiliran, Kerteh dan Chukai.
Penyelaras Pasar Tani Fama Negeri, Halmi Hamzah berkata, Pasar Tani Padang Hiliran adalah pasar tani yang paling tinggi hasil jualannya berbanding lokasi lain.
"Ia mungkin faktor pembukaan dua kali seminggu, keadaan persekitaran dan juga pasar tani yang telah lama beroperasi sekitar 1986 lagi.
"Kawasan pasar tani lain juga sebenarnya berpotensi memperoleh hasil jualan yang baik," katanya ketika melakukan tinjauan di Pasar Tani Sri Langkap yang baharu dibuka Jumaat lepas.
Halmi berkata, pihaknya berharap hasil jualan pada tahun ini meningkat berbanding tahun lepas iaitu RM56 juta dengan penglibatan 1,200 usahawan.
Katanya, pada tahun ini, setakat Mac, seramai 1,400 usahawan menyertai pasar tani di seluruh negeri.
Halmi berkata, pihaknya juga berusaha menarik pengunjung membeli di pasar tani dengan menggunakan transformasi peruncitan baharu.
"Kita akan masukkan nanti caravan, car boot sale dan sebagainya dalam usaha menarik lebih ramai pengguna ke tapak pasar tani," katanya.
Menurutnya, sebanyak lima pasar tani baharu dibuka pada tahun ini iaitu Pasar Tani Nyior 7 (Besut), Pantai Penunjuk (Kemaman), Gong Badak 4 (Kuala Nerus), Pasar Tani Ternak (Manir), Pasar Tani Pelancongan (Batu Burok) dan termasuk Sri Langkap, yang baru dibuka Jumaat lalu.

No comments: