Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Panel Kesihatan Perlu Proaktif Tingkatkan Kefahaman Jaga Kesihatan - Roslee


Panel kesihatan yang ditubuhkan di semua Klinik Kesihatan Negeri ini diminta proaktif menjalankan aktiviti dengan mendekati masyarakat setempat bagi meningkatkan kefahamaan orang ramai terhadap penjagaan kesihatan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, ahli jawatankuasa panel juga perlu mengenal pasti permasalahan penduduk dan melaporkan kepada klinik dan hospital berdekatan.
Katanya, tanggungjawab ahli panel dalam membantu pihak Jabatan Kesihatan amat besar kerana pegawai jabatan tidak mampu menangani masalah yang dihadapi penduduk yang tinggal di kawasan klinik dan hospital.
Beliau berkata, ketika ini masih ada masyarakat yang takut untuk datang ke hospital dan klinik untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.
"Dalam hal ini ahli panel penasihat boleh menasihatkan penduduk setempat supaya mendapatkan rawatan di hospital kerajaan jika penyakit yang dihidapi memerlukan rawatan,"katanya.
Roslee berkata demikian ketika menutup Konvensyen Panel Kesihatan Kali Ke-8 Peringkat Negeri Terengganu, di Dewan Serbaguna Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, semalam.


Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar dan Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Terengganu, Dato' Dr Anwa Sulaiman.
Pada konvensyen itu Panel Kesihatan Batu Rakit, muncul johan pertandingan pembentangan kes mengenai penyakit Tuberkulosis (TB) dalam kajian di kawasan berkenaan.

No comments: