Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

`Nisan Kerek' Kampung Jenang Istimewa


Kampung Jenang, Marang sememangnya terkenal dengan aktiviti desa seperti menangkap ikan, menganyam atap daun nipah dan menghasilkan manisan dari air nira.

Manisan atau lebih dikenali dengan panggilan 'nisan kerek', cukup unik dengan ramuan dan pembuatannya yang masih kekal secara tradisional dengan menggunakan dapur kayu api dan teknik mengacau secara manual.

Pengusahanya, Norayati Yaakob,48, yang dibantu oleh suaminya Che Amid Mohd Amin,51, berkata, bagi menyediakan manisan, dia perlu menggunakan air nira kelapa, gula dan daun mengkuang.

Katanya, setiap hari, tiga hingga empat gelen air nira kelapa diperlukan dan diambil dari kebun kelapa secara sistem pawah di Kampung Jenang, yang boleh menghasilkan sehingga 200 keping manisan.

“Biasanya pokok kelapa dicaras mayangnya sebelum ditadah untuk mendapatkan air nira dan kerja itu perlu dilakukan setiap hari.Kalau banyak hasilnya maka banyaklah air nira untuk dimasak pada hari itu.

"Kadang-kadang jika terputus bekalan air nira,terpaksa kami membelinya dari orang kampung dengan harga RM35 hingga RM45 satu gelen yang  boleh memuatkan sembilan liter. Saya pastikan bekalan air nira ni cukup sebab setiap 'nisang' yang dihasilkan mengandungi 70 peratus air nira dan hanya 30 peratus gula bagi menjaga kualitinya.

“Selain itu, bekalan daun mengkuang diperoleh secara percuma dengan penduduk yang menghasilkan atap atau tikar mengkuang,kadang-kadang saya mencarinya sendiri di tepi sungai jika perlu,"kata Norayati.

Menurutnya lagi, perusahaan itu bermula setiap jam sembilan pagi dengan proses memasak air nira selama empat jam sehingga pekat dan boleh dituangkan ke dalam kerek daun mengkuang sebelum disejukkan.

Menurutnya lagi, manisan yang dijual dengan harga RM1.40 sekeping secara borong kepada pelanggan termasuklah kepada peniaga di Pasar Payang dan Batu Enam.

"Kadang-kadang ada juga pelanggan dari luar datang untuk membeli 'nisang' termasuklah daripada Kuala Lumpur terutama di musim perayaan.

"Alhamdulillah..setiap bulan ia mampu memberi purata pendapatan sebanyak RM3,000 dan RM7,000 jika tiba musim perayaan,"katanya.

Dia yang tidak pernah menerima mana-mana bantuan daripada agensi kerajaan berharap ada pihak yang boleh membantu mendapatkan peralatan bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti produk yang dihasilkan.

"Saya tak minta banyak cuma sebuah peti sejuk untuk menyimpan air nira supaya tahan lebih lama dan kawah untuk memasak air nira kerana kos kedua-dua alat tersebut agak mahal,"katanya lagi.

Bagi individu yang mementingkan kualiti biasanya memilih manisan berkenaan dalam resepi masakan dan kuih-muih untuk menghasilkan rasa yang enak, selain membangkitkan aroma yang menyelerakan.

Sementara itu, Hawa Salleh,68, lebih gemar menggunakan manisan asli kerana rasanya yang sedap,enak dan kebersihannya lebih terjamin.

Dia yang mengusahakan kuih-muih tradisional sejak 30 tahun lalu menggunakan manisan ini sebagai asas untuk memberikan keenakan kepada juadah yang dihasilkannya seperti kuih kasui, onde-onde, lompat tikam dan lebih 10 jenis dalam menu yang dijual di pasar.

"Kalau kita beli yang orang kita buat,rasanya lebih selamat dari kita beli hak orang luar buat.Kita mana tau cara proses masa buat 'nisang' ni..bersih ke tidak..ada campuran lain ke macam tambah gula secara berlebihan sebab mak cik pernah kena sebelum ni.

"Memang rasanya pelik..manis pun lain macam, selain sisa habuk dalam tu pun banyak, kena tapis sebelum guna.Sebab tu mak cik lebih yakin dengan 'nisang' kita ini,"katanya lagi.

No comments: