Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

NFK Farm Prima Bangkit Selepas Jatuh


Gagal sekali bukan bermakna pengakhiran. Ungkapan yang sesuai buat pemilik ladang kambing, NFK Prima Farm yang pernah berhadapan dengan situasi kegagalan apabila ternakannya kurang menjadi tujuh tahun lalu.

Berkongsi cabaran yang terpaksa ditempuh, pemilik NFK Prima Farm, Kamaruddin Mohamad, 37, berkata, pada 2010 dia mula menternak kambing kampung berhampiran rumahnya sebagai memenuhi minat.

 “Dari lima ekor kambing, saya menambah bilangan kambing dan dalam satu masa pernah mencecah 50 ekor ketika itu tetapi akibat kekurangan modal dan pengalaman, banyak ternakan mati.

“Dari situ, saya mendapatkan tunjuk ajar dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu dan pada tahun 2014, saya kembali mengorak langkah untuk terus maju dan hasilnya kini sangat memberangsangkan,” ujarnya.

Kamaruddin mengakui, bukan mudah buat dirinya meninggalkan kerjaya di Petronas Carigali Kerteh semata-mata mahu melibatkan diri di bidang penternakan itu.

Malah, ada yang menganggap langkah diambil oleh pemegang Ijazah Sarjana Operasi dan Pengurusan Projek dari Robinson College, United Kingdom itu hanya sia-sia dan tidak ada masa depan.

Bagaimanapun, Kamaruddin membuktikan sebaliknya apabila NFK Prima Farm berjaya menjadi pembekal kambing pantai timur dan pengeluar susu kambing segar untuk pasaran Lembah Klang.

Berpegang kepada prinsip hidup ingin berjaya, anak muda Kampung Tebakang Bukit Payong tetap optimis untuk terus membangunkan perniagaannya serta bergelar penternak berjaya.

No comments: