Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Masyarakat Kita Perlu Contohi Amalan Senaman Taichi - MB


Ahmad Razif bersama warga emas melakukan senaman taichi pada Program Kesejahteraan Warga Emas DUN Seberang Takir, di Dataran Telaga Daing, Seberang Takir. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail 

Masyarakat Melayu disaran mencontohi kaum China yang gemar mengamalkan senaman taichi, berasaskan seni bela diri dan teknik pergerakan tubuh badan bagi mengekalkan kecerdasan serta mengelak dari menghidap penyakit kronik terutama strok.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd  Rahman berkata, aktiviti pergerakan badan secara ringan dan santai itu antara cara terbaik bukan saja untuk menjaga kesihatan malah mampu untuk meredakan tekanan.

Katanya, mereka yang sudah pencen dan mesuki kategori warga emas perlu menjadikan taichi sebagai amalan harian untuk mengekalkan kesihatan badan serta mengelak serangan penyakit yang menjejaskan pergerakan.


“Kita perlu mencontohi masyarakat Cina yang  gemar bersenam, pandai menjaga kesihatan serta pemakanan.

“Dalam pemerhatian saya, masyarakat itu kuat semangat untuk sembuh dengan mengikuti pelbagai senaman sekiranya diserang angin ahmar dan tidak pelik mereka boleh kembali sihat,”katanya.


Beliau berkata ketika berucap selepas Program Kesejahteraan Warga Emas DUN Seberang Takir, di Dataran Telaga Daing, Seberang Takir, Kuala Nerus, semalam.

Hadir sama, To’ Puan Seri Halina Zakaria.



No comments: