Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Mandat Rakyat Perlu Untuk Pastikan Projek Pembangunan Dapat Dilaksanakan


Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerlukan mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang bagi memastikan projek pembangunan dan kemajuan untuk rakyat dapat terus dilaksanakan.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, kerajaan mempunyai kemampuan untuk melaksanakan agenda pembangunan negara namun memerlukan sokongan berterusnya daripada rakyat untuk merealisasikannya.

Katanya, Kerajaan BN mempunyai visi besar dan perancangan rapi bagi negara serta rakyat untuk dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

"Kami (kerajaan BN) perlu mandat daripada rakyat, tidak lama lagi (pilihan raya umum), sama ada tahun ini atau tahun depan.

“Kalau ikut suasana di Kuala Nerus ini, nak buat cepat, namun kami kena lihat kepercayaan rakyat. Kalau pilih BN, banyak lagi transformasi yang akan dilakukan," katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nanas, Tepoh Kuala Nerus, petang tadi.



Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar, Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Jailani Johari. 

Katanya, rakyat diharap terus memberi sokongan kepada kerajaan dengan mengembalikan kemenangan Parlimen Kuala Nerus khususnya kepada BN supaya mendapat pembangunan berterusan dapat dilaksanakan di negeri ini.

“Kita tak boleh dengar kepada pembangkang akhirnya kita akan mengalami kekecewaan kerana mereka bertujuan menghasut rakyat supaya rakyat benci kepada kerajaan.

“Kita tak boleh hidup dalam kebencian dan tidak boleh menilai atas perasaan emosi tetapi kita mesti menilai siapa yang boleh membawa perubahan kepada kehidupan kita sebagai rakyat,” ujarnya.

Pada majlis itu, lebih 20,000 penduduk sekitar kawasan parlimen itu hadir memeriahkan majlis pecah tanah projek PPR Bukit Nanas melibatkan 500 unit rumah.

No comments: