Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

LAJSM 2017 Sasar 5,000 Atlet Luar Terengganu

Rozi menunjukan baju peserta LAJSM 2017. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail


Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2017 yang menawarkan hadiah berjumlah RM186,000 menyasarkan lebih 5,000 pelumba luar Terengganu termasuk dari luar negara untuk bersaing pada kejohanan 23 September ini.

Kejohanan yang dianjurkan kerajaan negeri  dengan kerjasama Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT) mensasarkan peserta keseluruhan seramai 50,000 orang. 

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, LAJSM 2017 yang bertemakan `Vacay Run’ menawarkan lima kategori iaitu 42 kilometer (km), 21 km, 5 km dan `fun run' yang menetapkan jarak 3 km.

Katanya, fokus utama pada edisi kali ini adalah untuk menarik lebih penyertaan dalam acara 42 km, 21km iaitu marathon dan half marathon.

“Kedua-dua acara ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan kebiasaannya pelari-pelari jarak jauh inilah yang akan mengisi slot larian-larian marathon luar dari Bandaraya Kuala Lumpur.

“Dengan kehadiran pelari-pelari ini akan menggalakkan lagi sektor pelancongan di Terengganu,”katanya.

Beliau berkata demikian pada pra pelancaran LAJSM  2017, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Presiden POAT, Dato' Wan Hisham Wan Salleh dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.

Rozi turut memberitahu, penganjur akan mengumumkan laluan rasmi untuk semua kategori sebulan sebelum acara berlangsung di facebook rasmi LAJSM 2017.

Katanya, ini adalah untuk memberi ruang kepada penelitian faktor keselamatan pelari kerana pertama kali larian sejauh 42km dilepaskan pada jam 12.01 pagi dan  21km pula pada 2.30 pagi.


“Faktor itu mengambil kira permintaan pelari-pelari jarak jauh sentiasa mengambil kira faktor cuaca.

“Di Terengganu cuaca selepas pukul 9.00 pagi agak panas, mendatangkan ketidakselesaan selain boleh mengakibatkan risiko hidrasi iaitu kurang air didalam badan kepada pelari kategori itu,” katanya

Menurutnya, dijangka kedua-dua acara itu akan tamat sebelum 6.30 pagi untuk  memberi laluan kepada krew terlibat.untuk solat subuh.

“Lokasi pelepasan dan penamat larian akan berpusat di Dataran Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu,” katanya

Orang ramai boleh mendaftar secara dalam talian bermula hari ini di www.myraceonline.com dengan harga diskaun selama sebulan,  yang berakhir 25 Mei selepas itu peserta akan membayar dengan harga normal.

Untuk pendaftaran secara manual iaitu acara bagi kategori tertutup pelajar sekolah menengah 12km dan sekolah rendah (5km) akan dibuka pada 25 Mei.


Penyertaan dijangka ditutup pada 23 Ogos atau bergantung kepada jumlah pelari.

No comments: