Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kerajaan Tidak Hirau Asakan Pembangkang


Najib menekan plak sebagai gimik merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut (Gerbang Pelancongan Antarabangsa) di Pekan Baru, Kuala Besut. foto Harish Fadzillah Kasim

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak peduli dengan asakan dan hentaman pembangkang dan pemimpin lama, sebaliknya sentiasa bekerja keras supaya Malaysia diiktiraf serta dihormati dunia.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak berkata, kerajaan pimpinan BN bekerja keras memastikan Malaysia terus maju serta dihormati dengan kejayaannya diukur
menerusi pencapaian yang bukan berdasarkan kain rentang di tepi jalan, tetapi berpegang kepada pengurusan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI) dan pengurusan maqasid syariah.

 "Sebab itulah kita bekerja bersungguh-sungguh untuk dunia luar hormati kita.


“Saya tidak mahu mengambil peduli dengan  pembangkang, pemimpin lama yang dulu yang mengata kita, saya hanya mengambil orang luar, pemimpin besar luar, supaya mereka hormati kita," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut (Gerbang Pelancongan Antarabangsa) di Pekan Baru, Kuala Besut,  hari ini.

Muara Sungai Besut adalah laluan pelayaran bagi bot nelayan dan bot membawa pelancong ke pulau utama iaitu Perhentian dan Redang.


Masalah pemendapan mengakibatkan muara sungai berkenaan menjadi cetek dan menjejaskan laluan pelayaran serta air banjir ke laut.

Projek pemuliharaan muara sungai bernilai RM250 juta yang dijangka siap 2019 antara lain membabitkan pembinaan pemecah ombak, pengerukan muara sungai, pembinaan kolam kelodakan, pembinaan lapis lindung (revetment), penambakan pantai dan pembinaan pemecah ombak.

Turut hadir Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan  Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut dan ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman. 

No comments: