Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

kerajaan Negeri Tubuh Majlis Kebudayaan Selaras Program Kebudayaan


Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri akan mewujudkan Majlis Kebudayaan Negeri Terengganu yang akan menyelaraskan setiap persembahan kebudayaan pelbagai kaum di negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, majlis itu akan dipengerusikan oleh Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Rahman.

“Saya minta Tun Ahmad Faizal menyegerakan penubuhan majlis ini yang akan bertanggungjawab mengadakan persembahan kebudayaan sekali seminggu untuk tontonan orang ramai di tempat-tempat rekreasi tumpuan ramai seperti Pantai Batu Burok, Bazar Warisan dan Dataran Shahbandar.

"Persembahan kebudayaan ini bukan sahaja penting untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini tetapi juga untuk pengetahuan generasi masa kini akan jenis-jenis kebudayaan pelbagai kaum di negeri ini termasuk persembahan kebudayaan Orang Asli," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Festival Perarakan Darat Mazu di Kampung Cina, Kuala Terengganu, malam tadi.

Ahmad Razif berkata, Terengganu sememangnya memberikan keutamaan kepada festival-festival sebegini (Perarakan Darat Mazu) yang memperlihatkan Terengganu mempunyai kebudayaan yang pelbagai.

“Selain berupaya menjadi sejarah yang boleh diterapkan kepada generasi baru, kebudayaan yang pelbagai inilah yang menyebabkan ikatan perpaduan, solidariti antara kaum itu terus kukuh,” ujarnya.

No comments: