Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kelab Sahabat N87 Terengganu Sasar 16,000 Ahli Menjelang Hujung 2017

Ahmad Razif (tiga dari kiri) bersama tetamu kehormat berdiri menyanyikan lagu `Negaraku' sempena pelancaran Kelab Sahabat N87 Negeri Terengganu di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Kelab Sahabat Najib 87  (N87) Negeri Terengganu mensasarkan keahlian sehingga 16,000 orang di seluruh negeri menjelang hujung tahun ini, dalam usaha melahirkan kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi kepada Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta membantu kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Menteri Besar,  Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kelab yang sudah membentuk ahli jawatankuasa masing-masing di peringkat parlimen, kini memiliki kira-kira 2,000 ahli seluruh Terengganu, mensasarkan 500 orang di setiap Dewan Undangan Negeri atau 2,000 orang setiap parlimen sehingga akhir 2017.



“Semua lapan parlimen sudah membentuk AJK masing-masing, selepas ini akan terus menjalankan pelbagai perancangan. Paling utama N87 ini dapat membantu BN dan UMNO untuk memperkasa serta memperkuatkan lagi dari segi solidariti dan juga permuafakatan kerana ini sahajalah formula terbaik bagi menghargai orang lama agar tidak terpinggir supaya orang muda tidak melupakan pejuang parti yang lama dan mereka sebenarnya perlu dihargai.

“Saya bersetuju benar dengan pelancaran kelab ini dan yang paling penting dapat menjadi benteng yang kuat kepada BN Terengganu supaya dapat memenangi PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14)  dengan majoriti yang selesa dan memperolehi kerusi lebih dua pertiga,”katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri  berkata demikian di sidang media selepas melancarkan Kelab Sahabat N87 Negeri Terengganu di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, malam tadi.



Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’  Wan Nawawi Wan Ismail.

Hadir sama, Ketua Penerangan Kelab Sahabat N87 Pusat,  Dato’  Nasaruddin Alang Saidin; Pengerusi N87 Negeri Terengganu, Dato’ Sri Abdul Rahman Bakar dan Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Terengganu, Dato’ Ahmad Sidi Ismail.

Selain itu, majlis turut dihadiri kira-kira 1,500orang termasuk Exco Kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, veteran UMNO dan pemimpin masyarakat.

Menteri Besar turut berharap supaya kelab itu dapat mengenal pasti di kalangan `DNA’ keluarga dan sahabat UMNO yang boleh menambah keahlian dan memperkasakan kelab yang akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang majoriti  yang besar pada PRU14 nanti.



“Pada PRU14 nanti adalah berasaskan angka, jika angka sokongan kita besar, insya-Allah kita mampu memberi kemenangan yang selesa pada pilihan raya nanti,”katanya.

Terengganu adalah negeri keenam yang melancarkan kelab berkenaan selepas Kelantan, Selangor,  Johor, Melaka dan Wilayah Persekutuan.

Kelab Sahabat N87 diwujudkan sebagai platform melahirkan sokongan padu dan kesetian kepada Perdana Menteri, Dato’  Seri Mohd Najib Tun Abdul  Razak, bermula ketika jawatan Ketua Pemuda UMNO, sejak 1987 lagi.

No comments: