Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kekal Keharmonian, Kukuh Perpaduan Tanggungjawab Bersama

Mohd Iskandar ketika berucap di Himpunan Detik-Detik Perpaduan (Moment Of Unity) peringkat negeri di Dataran Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh: Tg Mohd Syamim Tg Ismail

Semangat perpaduan, persefahaman dan kerjasama yang terjalin dalam masyarakat majmuk di Malaysia pada hari ini perlu sentiasa dipelihara, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Mohd Iskandar Jaafar.

Beliau berkata, mengekalkan keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum adalah tanggungjawab bersama bagi mewujudkan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kemakmuran sosial.

“Generasi baru khususnya perlu faham, keharmonian yang dicapai negara sekarang ini tidak mungkin menjadi kenyataan jika tidak ada perpaduan yang kukuh antara kaum Melayu, Cina dan India.

“Ianya tidak mungkin dapat dicapai sekiranya tiada persefahaman yang luar biasa dalam kalangan tiga kaum terbesar ini,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Detik-Detik Perpaduan (Moment Of Unity) peringkat negeri di Dataran Pualau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina, Dato’ Low Wan Cheong; Yang Dipertua Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu, Dato’ Ir Tengku Ismail Tengku Jaafar dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India, Najmi Abdullah.

Katanya, selaras dengan prinsip ketujuh Transformasi Terengganu Baharu iaitu seruan perpaduan , semua pihak harus memainkan peranan untuk mencetuskan semangat perpaduan agar manfaatnya dapat dinikmati oleh seluruh masyarakat.

“Sebagai contoh, himpunan yang diadakan hari ini menerusi kerjasama tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah langkah proaktif untuk menyemarakkan keharmonian dan menjadikan perpaduan budaya hidup masyarakat,” ujarnya.

No comments: