Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kakitangan Terengganu Inc Bantu Bersih Madrasah Al-Hidayah


Add caption

Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) menganjurkan  program  ‘Way of Naqiya’  membersihkan kawasan  Madrasah Al-Hidayah, Batu Burok, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Seramai 40 kakitangan dengan diketuai Pemangku Ketua Pegawai Operasi Mohd Roslan Mamat yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dr Wan Rudirman Wan Razak bersama-sama penduduk kampung dan pelajar madrasah menyertai program tanggungjawab sosial korporat itu.


Mohd Roslan berkata, mereka bersama-sama menyumbang tenaga membersih kawasan madrasah, mengecat perpustakaan dan menanam pokok.

Katanya, dalam program sama sebelum ini, mereka turut membaik-pulih bangunan termasuk mengantikan  peralatan elektrik, menambah kelengkapan belajar  dan mengecat bangunan.


“Program ini bertujuan menyokong serta memberi impak positif kepada pelbagai pihak, terutama bagi mewjudkan sifat saling membantu mereka yang memerlukan.


“Untuk tujuan sama, satu kutipan khas sebagai sumbangan ikhlas daripada kakitangan Terengganu Inc. telah dibuat yang kemudiannya diserahkan kepada  Pengasas Madrasah Al-Hidayah Mustapha Kamal  Hamzah,”katanya.


No comments: