Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

JPS Peruntuk RM1.15 Bilion Untuk Projek Di Terengganu


Najib bersama rombongan ketika meninjau tapak Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut (Gerbang Pelancongan), di Pekan Baru, Kuala Besut, hari ini. Foto Harish Fadzillah Kasim

Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar memperuntukkan kira-kira RM1.15 billion bagi melaksanakan 34 projek sepanjang tempoh lima tahun, berakhir 2020 di  Terengganu.

Menterinya, Dato' Sri Wan Junaidi Wan Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM750 juta bakal dilaksanakan dan RM250 juta untuk projek Gerbang Pelancongan di Kuala Besut.


"Kementerian saya mempunyai banyak projek di Terengganu daripada Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) sahaja sebagaimana diumumkan Perdana Menteri tadi, RM1.15 billion keseluruhanya dan ada 10 lagi projek yang bakal dilaksanakan.

"Selain dari itu kita juga memberi atau membantu projek kecilan dari kampung ke kampung dan itu yang bakal kita laksanakan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut (Gerbang Pelancongan), di Pekan Baru, Kuala Besut, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd  Tun Abdul Razak.


Turut hadir,  Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut dan  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek.

Tetamu kehormat lain,  Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nawi Mohamad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut dan ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Wan Junaidi turut memberitahu,  projek itu adalah ikonik dan reka bentuknya umpama mata menghadap ke laut dan boleh halang ombak masuk.


"Projek ini juga merangkumi untuk mendalam Sungai Besut, yang pertama ialah bagi menangani masalah nelayan untuk simpan bot, kedua untuk kemudahan nelayan atau pelancong ke pulau, " katanya.

Wan Junaidi berkata, Ianya akan menjadi tarikan lebih ramai pelancong ke Kuala Besut untuk ke Pulau Perhentian dan lain-lain.
"Ini adakah satu projek berimpak besar dan Perdana Menteri memang tertarik dan saya mahu projek ini akan siap mengikut jadual untuk memberi banyak faedah kepada rakyat.


“Projek Gerbang Pelancongan itu yang panjangnya tiga kilometer sudahpun bermula Disember tahun lalu dan dijangka akan siap dalam tempoh tiga tahun,”katanya.

No comments: